Thursday, February 12, 2009


Badrol Hisham, Malaysia
Anak kelahiran Perak ini mempunyai kelulusan dalam bidang Elektrik Telekomunikasi dari UiTM. Beliau juga mempunyai syarikat sendiri namun apa yang menarik tentang beliau ialah dalam masa tiga minggu bersama Uptrend, bapa kepada tiga cahaya mata ini telah berjaya meraih pendapatan lebih RM20,000. Seperkara yang boleh dijadikan contoh bagi mereka yang ingin berjaya di dalam apa juga bidang terutama bidang jualan langsung ialah jangan menjadikan jarak perjalanan sebagai satu alasan untuk tidak mahu melibatkan diri. Daripada mula beliau menyertai Uptrend boleh dikatakan tidak ada hari yang beliau tidak sampai ke ibu pejabat Uptrend di Petaling Jaya kecuali hari Ahad ataupun ketika pejabat tutup. Bagi beliau Tapah dan Petaling Jaya ibarat Petaling Jaya ke Kuala Lumpur sahaja.
Bapa beliau merupakan seorang pesara (guru) dan banyak memberikan sokongan serta dorongan kepada beliau. Melihat potensi pada perniagaan ini maka bapa beliau serta adik bongsu beliau juga turut melibatkan diri di dalam perniagaan Uptrend dan kini mereka telah mendapat keuntungan yang lumayan hasil perniagaan yang mereka sedang ceburi kini. Hari ini, beliau telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi mobile stokis Uptrend

No comments:

Post a Comment